Saturday, October 31, 2009

TANDA-TANDA KIAMAT SUGHRA (KECIL)

Berikut ini ada kumpulan dan ringkasan antara tanda-tanda kecil dan besar Hari Kiamat serta peristiwa-peristiwa yang sudah berlaku di akhir zaman:

Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba”. Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah Al A’raaf : Ayat 187)

Tanda-tanda awal / kecil kiamat (Alamat sughra)

1)Seorang hamba sahaya perempuan dikahwini tuannya"Orang-orang miskin dan pekerjaannya mengembala kambing tiba-tiba menjadi para pemimpin manusia banyak.
- Para pengembala yang sama, bermegah-megahan dengan gedung-gedung besar dan tinggi-tinggi. Berlumba-lumba membina bangunan tinggi -

Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya.

2)Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat.
Maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini:

“Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim”(Riwayat Ibn Majah)

3)Perhiasan Rumah Sama Dengan Perhiasan Pakaian -
Rasulullah s.a.w bersabda:
Hari Kiamat tidak akan tiba, sehingga manusia membangun rumah dan melukisnya sebagai lukisan pakaian.(Riwayat Bukhari)

4)Kebanggaan Masyarakat Dengan Membina Masjid -
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak akan tiba hari kiamat, sehingga manusia bermegah-megah dan berlebih-lebihan dalam urusan masjid.(Riwayat Abu Dawud)

5)Masjid Menjadi Tempat Urusan Dunia Sahaja -
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia suatu masa, percakapan mereka dalam masjid hanyalah mengenai urusan dunia semata. Allah tidak memerlukan mereka. Dan janganlah kamu duduk bersama mereka (pada waktu dalam masjid).(Riwayat Hakim)

6)Ahli Ibadah Yang Bodoh & Qari Yang Fasik -

Daripada Anas r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Kelak, di akhir zaman, akan ada ahli ibadah yang bodoh dan para qari yang fasik.(Riwayat Ibnu ‘Adi)

7)Golongan yang Menjadikan Lidahnya Sebagai Alat Untuk Mencari Makan -

Daripada Sa’ad bin Abi Waqash r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan terjadi kiamat, sebelum muncul suatu golongan yang mencari makan melalui lidah-lidah mereka, seperti sapi yang makan dengan lidah-lidahnya.(Riwayat Ahmad)

8)Melimpahnya Harta Benda Dan Luasnya Perniagaan Serta Banyak Media Massa

Dari Umar bin Tsa’lab r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat, adalah tersebarnya (melimpahnya) harta benda dan luasnya perniagaan. Dan pena-pena akan bermunculan yang menunjukkan banyaknya bacaan dan tulisan.(Riwayat An-Nasae’i)

9)Ramai Orang Muda Menyebut Dalil Agama -

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat.” -(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan dapat dilihat juga sekarang bahawa ramai orang yang bukan Islam menggunakan hujjah-hujjah dari Al-Qur’an & Al-Hadith yang mana mereka membuat komentar menurut kefahaman mereka sendiri sedangkan mereka tidak faham tentang Islam
.

10)Al-Qur’an Sebagai Alat Propaganda

Ali bin Thalib r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan muncul di antara umatku suatu kaum yang membaca Al-Quran bukan seperti lazimnya kamu membaca, dan sembahyangmu jauh berbeza dengan cara mereka bersembahyang. Mereka membaca Al-Quran dengan mengira bahawa Al-Quran itu sebagai alat propaganda mereka, padahal Al-Quran itu berisi peringatan yang harus mereka junjung. Bacaan mereka itu tidak melebihi kerongkongnya (tidak sampai meresap ke dalam hati). Mereka itu sebenarnya keluar dari Islam, bagaikan anak panah yang lepas dari busurnya.(Riwayat Muslim)

11)Menunjuk-Nunjuk Ketika Berdoa -

Dari Saad r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: ” Kelak akan terdapat kaum yang berlebih-lebih (menunjuk-nunjuk) dalam berdoa.”(Riwayat Ahmad)

12)Merasa Rendah Dalam Ibadah -

Dari Abu Sa’id Al-Kudri r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan muncul di antara kamu suatu kaum, kamu merasa rendah dalam melakukan solat dibanding dengan mereka, amal perbuatanmu jika dibandingkan dengan perbuatan mereka dan puasa-mu jika dibanding dengan puasa mereka. Mereka membaca Al-Quran tetapi tidak sampai melalui tenggoroknya. Mereka sebenarnya keluar dari agama bagaikan anak panah yang terlepas dari busurnya, jika di hujung panah dilihat, tidak ada bekas apa-apanya juga di kayunya tidak ada apa-apanya juga di bulunya tidak terdapat apa-apa, tetapi berlumba-lumba dalam senarnya.(Riwayat Bukhari dan Muslim)

13)Imam Yang Melambatkan Waktu Solat -

Dari Ibnu Ame r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya nanti selepas peninggalanku akan terjadi; para imam mengakhirkan solat dari waktunya. Oleh kerana itu hendaklah kamu mengerjakan solat tepat pada waktunya. Jika kamu datang bersama mereka untuk mengerjakan solat, maka bersolatlah kamu.(Riwayat Thabrani)

14)Al-Quran Hanya Tinggal Tulisannya Sahaja -

Dari Ali r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Hampir datang suatu zaman, di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan dari Al-Quran hanya tinggal huruf dan tulisannya sahaja. Masjid-masjid indah dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama mereka adalah yang paling jahat di antaranya yang ada di bawah langit. Dari mereka (ulama) itu akan muncul berbagai-bagai fitnah dan fitnah itu akan kembali ke lingkungan mereka sendiri (umat Islam)(Riwayat Baihaqi)

15)Kaum Yang Meminum Ayat-Ayat Al-Quran -

Dari Uqbah bin Amir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan muncul suatu kaum dari umatku. Mereka meminum Al-Quran seperti meminum susu.(Riwayat Thabran)

16)Ulat-ulat Qurra’ -

Dari Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak pada akhir zaman akan ada ulat-ulat qurra’ (ahli baca Al-Quran). Barangsiapa yang berada pada masa itu, hendaklah ia berlindung kepada Allah dari mereka.(Riwayat Abu Nu’aim)

17)Serbuan Musuh Islam Terhadap Kaum Muslimin -

Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”
Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.”(Riwayat Abu Daud)


18)Orang Mukmin Lebih Hina Daripada Haiwan -

Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan datang atas manusia suatu masa, di mana keadaan orang mukmin pada masa itu lebih hina daripada domba.”(Riwayat Ibnu Asakir)

19)Ulama Yang Merugikan Umat Dan Agama -

Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka.(Riwayat Ibnu Majah)

20)Menggadaikan Agama Kerana Dunia -

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu).”(Riwayat Tirmidzi)

21)Empat Macam Golongan Mengerjakan Ibadat Haji -

Dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Kelak apabila akhir zaman terdapat empat macam golongan mengerjakan ibadat haji iaitu: 1) Para pemimpin mengerjakan ibadat haji hanya untuk ‘makan angin’, 2) Terdapat orang kaya pergi haji hanya untuk berniaga, 3) Ramai fakir miskin pergi haji dengan tujuan untuk mengemis, 4) Ahli qira’at (pembaca Al-Quran) mengerjakan ibadat haji hanya untuk mencari nama dan kemegahan.”


22)Penduduk Mekkah Akan Meninggalkan Kota Mekkah;-

Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Kelak penduduk Mekkah akan keluar meninggalkan Mekkah; kemudian yang meninggalkan itu tidak akan kembali lagi kecuali hanya sebahagian kecil sahaja. Kemudian yang sedikit itu menjadikan kota itu penuh bangunan. Kemudian mereka keluar lagi dari kota itu dan tidak kembali selamanya.”(Riwayat Ahmad)

Daripada Abu Umamah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Kelak akan ada orang-orang dari Umatku (Islam) memakan berbagai macam makanan dan memakai berbagai pakaian, banyak berbicara tanpa difikirkan dahulu apa sebetulnya yang dibicarakan itu, maka itulah seburuk-buruk manusia dari sebahagian Umatku (Islam).(Riwayat Thabrani dan Abu Nu’aim)

Tuesday, October 27, 2009

Lagi foto Bulan Bahasa...2009





BULAN BAHASA SK.SIMPANG EMPAT

BULAN BAHASA PERINGKAT SEK.KEB.SIMPANG EMPAT.

Kehebatan guruku mendeklamasikan sajak amat membanggakan anak-anak muridku.

Jangan lupa ikut contoh cikgu tau.........



UCAPAN BERHARGA PEN. KANAN PENTADBIRAN SEMPENA BULAN BAHASA 2009.......


Anak-anakku...
Banyak Membaca Jambatan Ilmu..

Kata Saidina Ali k.w....
Ilmu banyak digunakan akan bertambah..
Harta banyak digunakan akan berkurangan

Allah berfirman di dalam Al-Quran:
Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang berilmu dikalangan kamu... Wahai anak-anakku...Jadikanlah ilmu pendamping diri dalam menerjah dunia yang penuh pancaroba.



Tenaga Kerja Bulan Bahasa 2009..

Terima kasih Cikgu Zulbakri antara tenaga kerja yang bertungkus -lumus menjayakan bulan bahasa..
Beliau adalah penyelaras dalam menggerakkan bulan bahasa dan aktiviti sepanjang bulan...
Dah habis kerja ka cikgu....hadiah kami macam mana..???
Oh ! ya...lupa cikgu dah bagi hadiah kepada kami...terima kasih cikgu....
Tahun depan jangan lupa buat lagi Bulan Bahasa ini ya...

Tuan Hj Muhammad Madun..jasa anda dalam pembikinan set produksi audio..fulamak..
caya lah kat Tuan Haji...sat lagi jangan lupa pi minum kat kantin...Tauke kantin belanja..
Bagi tau saja nak makan apa...




Peserta Yang Berjaya Mendeklamasikan sajak..2009

MERDEKAKAH BAHASAKU

Di lidah bangsaku
gema keramat laungan itu
aksara lima puluh satu
merdekalah bahasaku
perkasakan kuasa pada akal jiwa.

Biar bertakhta
selamanya bahasa
tanda terpateri 152
teguh cekal cerdik akal
meletak bijak bestari jauhari.


Barisan Pemenang Yang Berjaya Di dalam Pertandingan Sempena Bulan Bahasa Peringkat Sek.Keb.Simpang Empat 2009

Pertandingan yang dianjurkan....

Pantun
Mendeklamsikan Sajak
Mewarna Poster
Kuiz Bahasa



Renungan Bersama.....
Darah dan air mata pejuang
yang sekian lama memanaskan
semangat
mengibarkan bendera perwira
yang diusung ke pelosok dunia
tiba-tiba mengalir ke lembah terbuang
bersama landskap penjajah ciptaan sendiri.

Kita menggelapkan suasana dalam benderang
cahaya
mematikan suis ilmu yang menerangi minda
menutupi buku berjuta fakta
menggali sungai berliku melencongi lebuh
raya terbina.

Kita tersasul langkah
memijak maruah sendiri
meruntuhkan gunung bahasa berdiri
merobek Fasal 153 yang membangga
meluluhkan jati diri puncak bangsa.

Suara-suara berkemundang
menyakat langkah kolot
yang menoleh ke zaman batu
dan dibebatkan boneka maju
bagai menabur garam ke lautan dahaga.

Mari kita bahangkan semangat Za'ba
kita jeritkan amanah Tun Razak
kita tiupkan keyakinan jiwa
bahasa kita usah dipersenda.

Bahan ini disunting oleh Hayazi...SKSE

Saturday, October 17, 2009

Wajah-Wajah KDP 14 Minggu OUM di Inst.Perguruan Perlis 2007

Khusyuk mendengar ke atau khusyuk menatap makanan yang terhidang??? Rasanya dah lupa kawan sebelah tu...
Rakan kongsi yang penuh bertenaga dalam KDP 14 M OUM ...macam mana gang kat Langkawi??? Tapi yang En Mie tu dengar khabar dah pun pulang ke seberang Malaya ni...syabas buat sahabat-sahabat ku...caya lah!!!!!!!
Aloo Pak Ku...yang pasti memori bersama kalian akan terpahat di minda untuk selama-lamanya...Ke Onn hang jangan nakal!!!!!!
Fullamak.berkarisme betul tenaga pengajar KDP 14 OUM ni... Thanks En. Zul and the gang.. budi baik kalian akan dikenang sampai ke anak cucu.
Wah...En Amri fuyoooooooooo gua caya sama lu lah.. buat lagu satu....Anak itik Tok Wi ..Mandi dalam kolam..Apa sakit Tokwi sakit sendi tulang..rasanya tu album sulung Amri...................hehehee

Wajah Sk Simpang Empat





Wednesday, October 14, 2009

Jumaat Hari Kebesaran Umat Islam


JIKA orang Yahudi selalu bermegah dengan hari Sabtu sebagai hari kebesaran mingguan mereka, orang Islam pula dengan hari Jumaat yang disifatkan penghulu segala hari dan hari raya mingguan umat Muslimin.

Jumaat mendapat penghargaan istimewa berbanding hari lain sehingga dalam al-Quran dinamakan satu surah iaitu al-Jumu'ah yang diturunkan di Madinah dengan 11 ayat.

"Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (al-Jumu'ah:9)

Menurut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, ia dinamakan surah al-Jumu'ah (hari Jumaat) kerana pada ayat 9, Allah Taala memerintahkan umat Islam segera ke tempat solat Jumaat sebaik saja mendengar seruan azan serta meninggalkan urusan kerja masing-masing seperti berjual beli.

Kitab itu menerangkan, dalam ayat terbabit Allah Taala menetapkan hari Jumaat sebagai hari besar mingguan bagi umat Muhammad s.a.w serta memerintahkan supaya mengadakan satu solat khusus menandakan kebesaran hari Jumaat menggantikan sembahyang Zuhur.

"Dengan ayat ini dan berikutnya Allah Taala perintahkan umat Islam segera ke tempat solat Jumaat sebaik saja mendengar seruan azan serta meninggalkan kerja masing-masing seperti berjual beli dan kerja lain untuk mendengar khutbah dan mengerjakan solat Jumaat.

"Selesai solat Jumaat, mereka digalakkan untuk meneruskan usaha mencari rezeki sambil mengingati Allah.

"Mereka yang mematuhi ajaran Allah akan beroleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat," terang kitab itu.

Nabi s.a.w juga melalui hadisnya ada menjelaskan kemuliaan hari Jumaat sebagai hari raya mingguan umat Islam seperti dalam beberapa hadis yang dinukilkan dari kitab Ihya Ulumiddin karya Imam al-Ghazali.

Diriwayatkan Bukhari dan Muslim dari Abi Hurairah, maksudnya: "Bahawa ahli dua kitab itu (orang Yahudi dan Nasrani), diberikan kepada mereka hari Jumaat, maka bertengkarlah mereka, lalu berpaling daripadanya. Dan diberi petunjuk kita oleh Allah Taala untuk menerima hari Jumaat itu dan dikemudiankan oleh Allah memberikannya kepada umat ini dan dijadikannya menjadi hari raya bagi mereka. Maka adalah umat ini menjadi manusia yang lebih utama didahulukan dan ahli kedua kitab itu menjadi pengikutnya."

Melalui hadis lain Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari ialah hari Jumaat. Pada hari Jumaat, dijadikan Adam a.s., dia dimasuk ke syurga, diturunkan ke bumi, diterima taubatnya, dia meninggal dan berdirinya kiamat. Adalah hari Jumaat pada sisi Allah itu hari kelebihan. Begitulah hari Jumaat dinamakan oleh kalangan malaikat di langit iaitu hari memandang kepada Allah Taala dalam syurga." (Diriwayatkan Muslim dari Abu Hurairah)

Al-Ghazali dalam kitab terbabit berkata, hari Jumaat adalah hari besar dan agama Islam dibesarkan (dimuliakan) oleh Allah dengan sebab hari berkenaan.

Menurutnya, orang Islam dikhususkan dengan hari berkenaan dan diharamkan orang Islam melakukan urusan duniawi, malah setiap perbuatan yang menghalangi mereka daripada menghadiri masjid menunaikan solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda dalam hadis yang bermaksud: "Bahawa Allah Azzawajalla mewajibkan atasmu solat Jumaat pada hariku ini, pada tempatku ini." (Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Jabir)

Hadis berkenaan secara tegas memaklumkan kepada orang Islam mengenai kewajipan meraikan keistimewaan hari yang mulia itu dengan melakukan solat Jumaat. Sesiapa yang berkewajipan, tetapi tidak menunaikannya dikira berdosa.

Malah, Rasulullah s.a.w mengingatkan mereka yang sengaja meninggalkannya melalui sabdanya bermaksud: "Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali tanpa halangan, nescaya dicap oleh Allah pada hatinya." (Riwayat Ahmad)

Satu kisah diceritakan. "Datang seorang lelaki kepada Ibnu Abbas, menanyakan mengenai orang yang mati tidak menghadiri Jumaat dan solat Jumaat.

Lalu jawab Ibnu Abbas: "Dalam neraka."

Orang itu berulang kali menemui Ibnu Abbas selama sebulan lamanya, menanyakan yang demikian. Tetapi Ibnu Abbas tetap menjawab: "Dalam neraka."

Daripada hadis yang diriwayatkan Anas daripada Nabi s.a.w bahawa Nabi bersabda: "Datang kepadaku Jibril a.s dan pada tangannya sebuah cermin putih, seraya berkata: 'Inilah Jumaat, yang diwajibkan atas engkau oleh Tuhan engkau, untuk menjadi hari raya bagi engkau dan umat engkau sesudah engkau.'"

Lalu aku berkata: "Apakah yang ada untuk kami pada hari Jumaat itu?"

Jawab Jibril: "Engkau mempunyai waktu yang baik. Sesiapa berdoa padanya kebajikan, nescaya dianugerahkan dia oleh Allah atau dia tiada memperoleh bahagian, maka disimpankan oleh Allah bahagiannya yang lebih besar.

"Atau berlindung ia daripada kejahatan yang telah dituliskan kepadanya, nescaya dilindungi Allah yang lebih besar daripada kejahatan itu. Hari Jumaat adalah penghulu segala hari pada kita. Kita bermohon kepada Allah pada hari akhirat, akan menjadi hari kelebihan."

Lalu aku bertanya: "Mengapa demikian?"

Maka jawab Jibril a.s: "Sesungguhnya Tuhan engkau Azzawajalla telah menjadikan dalam syurga sebuah lembah yang luas, dari kasturi putih. Maka apabila datang hari Jumaat, nescaya turunlah ia dari syurga yang tinggi di atas kerusinya.

Lalu jelaslah ia kepada mereka, sehingga mereka memandang kepada wajahnya yang mulia." (Diriwayatkan as-Syafie dan at-Tabrani daripada Anas, isnad daif)

Dalam hadis lain dinyatakan: "Bahawa tiap-tiap hari Jumaat Allah Azzawajalla mempunyai enam ratus ribu orang yang dimerdekakan dari api neraka."

Pada hadis yang diriwayatkan Anas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Apabila selamatlah hari Jumaat, nescaya selamatlah segala hari."

Bersabda Nabi s.a.w, maksudnya: "Bahawa neraka jahim itu menggelegak pada tiap-tiap hari sebelum tergelincir matahari pada tengah hari di puncak langit. maka janganlah kamu mengerjakan solat pada saat itu, selain hari Jumaat. Maka hari Jumaat itu adalah solat seluruhnya dan neraka jahanam tiada menggelegak padanya."

Berkata Kaab: "Bahawa Allah Azzawajalla melebihkan

Makkah dari segala negeri, Ramadan dari segala bulan, Jumaat dari segala hari dan Lailatul Qadar dari segala malam. Dan dikatakan bahawa burung dan haiwan yang berjumpa satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan: "Selamat, hari yang baik."

Nabi bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang meninggal pada hari Jumaat atau malamnya, nescaya dituliskan Allah pahala syahid dan dipeliharakan Allah daripada fitnah kubur."

Di dalam buku Fatwa-fatwa Terkini oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, Syeikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Syeikh Abdullah bin Abdurahman al-Jibrin dan Syeikh Saleh bin Fauzan al-Fauzan ada menyatakan hari raya yang disyariatkan sudah diketahui kaum Muslimin iaitu Aidilfitri dan Aidiladha serta hari raya mingguan.

Hari raya mingguan yang dimaksudkan itu ialah hari Jumaat. Dengan ini tidak ragu lagi Jumaat adalah hari yang cukup besar dalam Islam.

Selamat Hari Ulangtahun, Nombor Yang Semakin Banyak!

Usia semakin meningkat, semakin lama semakin membimbangkan. Terfikir juga sejauh mana matlamat yang telah dicapai dan sehebat mana tanggunjawab telah terlaksana!? Terfikir tetapi tiada langkah usaha, tiada makna dan hanya sia-sia. Tetapi setelah bertungkus lumus dan berusaha hanya semata-mata ingin capai matlamat tersebut bagaimana pula!?

Hari ini aku ingin mencoretkan mengenai usia. Ya, usia sememangnya semakin meningkat seiring dengan masa. Setiap orang diberi masa yang sama setiap hari tetapi tidak pada usianya. Dipanjangkan umur maka semakin banyaklah nombor yang mewakili usianya. Semuanya akan dirujuk pada ketentuan Allah Ta’ala.

Namun usia yang diberikan amatlah tidak membawa apa-apa erti jika kita tidak menghargainya. Disamping itu menunjukkan betapa hebatnya kita sebagai manusia apatah lagi sebagai khalifah Allah! Tidak kau merasa satu kerugian? Apakah jalan yang kau pilih sekarang membuktikan kau dapat mencapai apa yang diimpikan? Atau kau dapat menyahut seruan islam, hari ini lebih baik dari kelmarin?

Dimulut, ramai yang dapat berkata bahawa semuanya boleh dilakukan dan boleh terlaksana ibarat seperti mereka yang kononnya mendapat projek besar padahal baru peringkat perbincangan. Belum dapat projek lagi pun. Kenyataan yang agak sukar untuk disuratkan tetapi tidak mustahil jika dilakukan dengan penuh semangat dan fokus! Dan yang paling penting memohon bantuan dari-NYA dan bersyukur (yang ini ramai yang buat-buat lupa, tiada keberkatan!).

Sudahnya, apakah pada usia kau kini kau telah capai apa yang kau impikan dalam hidup? Fikir-fikirkanlah. Aku yakin setiap orang diberi keistimewaan yang tersendiri. Terpulang sama ada kau mahu mencungkilnya atau pendamkan sahaja. Tapi nasihat aku, sebagai khalifah Allah perhebatkanlah diri kau!

Terima kasih kerana membaca entri yang agak sastera pada kali ini. Sebenarnya aku terfikir sejauh mana aku telah melaksanakan tanggunajawab aku dan sejauh mana aku telah capai dalam usia aku kini. Terima kasih kepada pembaca-pembaca dan rakan-rakan yang terlebih dahulu mengucapkan selamat pada ulangtahun kelahiran aku pada hari ini.

Selamat ulangtahun juga kepada anak KEEMPAT aku (ANIS SOLEHAH) yang jatuh pada 14hb Oktober lepas.

Renung seketika apa yang telah berlaku dalam hidup aku. Rupanya banyak kisah suka duka yang aku telah lalui. Dan itulah realiti kehidupan yang perlu aku rempuhi dan tangani demi mengajar erti kedewasaan serta mencapai kematangan.

RAHSIA HARI JUMAAT

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat

Amalan Sunat Hari Jumaat

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"

Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat

Monday, October 12, 2009

KENANGAN..........

Tambah Imej

....KISAH DAN TELADAN...ambil sebagai iktibar.

KISAH 1

BATU-BATU YANG ANEH

Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan. Sabda Rasulullah mengatakan :

"Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)
Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu :

"Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."

Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu juga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya.

Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana saja dia pergi.

Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak akan menyeksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud :

"Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga."

Sebaik saja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.


ADAB-ADAB BERDOA

Di antara adab-adab berdoa ialah:

-Doa hendaklah dilakukan dalam waktu yang baik dan mulia seperti pada hari Arafah, ketika Ramadhan, Jumaat, sepertiga yang akhir dari malam dan pada waktu sahur.

-Berdoa dalam keadaan yang mulia seperti ketika sujud dalam sembahyang, ketika berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan turun, sebelum menunaikan sembahyang dan sesudahnya, ketika jiwa sedang tenang dan bersih daripada gangguan syaitan dan ketika menghadap Kaabah.

-Berdoa dengan menghadap kiblat.

-Berdoa dengan merendahkan suara antara terdengar dan tidak oleh orang yang berada di sisi kita.

-Berdoa dengan tidak menggunakan kata-kata yang bersajak. Memadai dengan kata-kata biasa dan sederhana, sopan dan tepat dengan apa yang dihajati dan tidak perlu dilagukan dan amat baik dipilih lafaz-lafaz doa Rasulullah s.a.w yang bersesuaian.

-Berdoa dalam keadaan khusyu' dan tawadhu' dengan merasakan kebesaran dan kehebatan Allah dalam jiwa.

-Mengukuhkan kepercayaan bahawa doa itu akan dimakbulkan Allah dan tidak sedikitpun berasa gelisah jika tidak diperkenankan Allah s.w.t.

-Mengulangkan doa yang diutamakan dua hingga tiga kali.

-Memuji Allah di permulaan dan pengakhiran doa.

-Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan sesungguhnya kepada Allah s.w.t.

MENGAPA DOA TIDAK DIMAKBULKAN ALLAH

SELALUNYA Tuhan akan mengabulkan setiap doa melalui saluran yang diizinkan syarak. Tetapi jika pemberian itu tidak sampai ke tangan kita atau kita tidak menerimanya, maka itu bukanlah salah Tuhan. Mungkin ada kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan. Di antara kemungkinan itu ialah:

-Ada kalanya kita sudah terlalu jauh dengan Tuhan.

-Ada dinding yang membataskan kita dengan Tuhan seperti dosa yang sudah bertimbun-timbun sehingga Tuhan berasa tidak patut lagi kita menerima pemberian-Nya yang bernilai tinggi dan suci itu.

-Kita selalu berdoa tetapi perbuatan maksiat tidak kita tinggalkan dan kita suka mengambil sesuatu melalui jalan yang haram.

-Boleh jadi kerana salah kita melanggar syaratnya atau kerana salah satu
sebab yang kita tahu atau sedar.

Ibrahim Adham, seorang ahli sufi yang sangat masyhur pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah, mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah pada hal kami selalu berdoa.

Ibrahim Adham menjawab: "Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu":

-Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
-Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
-Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
-Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
-Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
-Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
-Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
-Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
-Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan
keaiban kamu sendiri.
-Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar
daripadanya.

Daripada sepuluh sebab yang membutakan hati itu tersimpul satu sifat bahawa kebanyakan kita tidak menjunjung tugas sebagai hamba yang sebenar bagi Allah. Sebab itu wajar sekali kita tidak mendapat keistimewaan yang melimpah ruah - setiap panggilan tak mungkin disahut dan setiap permintaan tak mungkin dikabulkan Allah.

Bey Ariffin dalam bukunya Samudra Al-Fatihah antara lain mengatakan; doa seseorang itu tidak akan dimakbulkan Allah walaupun ia merendah diri serendah-rendahnya (khusyu' dan tawadhu') sewaktu berdoa, serta memuliakan Allah dengan semulia-mulianya, tetapi apabila sebelum berdoa atau sesudahnya dia mengerjakan pekerjaan yang sangat dilarang dan dimurkai Allah.

Di sinilah letaknya rahsia mengapa Allah tidak mengabulkan doa sebahagian besar dari manusia yang berdoa dan di sinilah pula letaknya kenapa Allah selalu mengabulkan doa Rasul dan nabi, para sahabat dan tabi'iin, para wali dan orang soleh lainnya.