BULAN BAHASA PERINGKAT SEK.KEB.SIMPANG EMPAT.Kehebatan guruku mendeklamasikan sajak amat membanggakan anak-anak muridku.
Jangan lupa ikut contoh cikgu tau.........
UCAPAN BERHARGA PEN. KANAN PENTADBIRAN SEMPENA BULAN BAHASA 2009.......Anak-anakku...
Banyak Membaca Jambatan Ilmu..
Kata Saidina Ali k.w....
Ilmu banyak digunakan akan bertambah..
Harta banyak digunakan akan berkurangan
Allah berfirman di dalam Al-Quran:
Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang berilmu dikalangan kamu... Wahai anak-anakku...Jadikanlah ilmu pendamping diri dalam menerjah dunia yang penuh pancaroba.
Tenaga Kerja Bulan Bahasa 2009..Terima kasih Cikgu Zulbakri antara tenaga kerja yang bertungkus -lumus menjayakan bulan bahasa..
Beliau adalah penyelaras dalam menggerakkan bulan bahasa dan aktiviti sepanjang bulan...
Dah habis kerja ka cikgu....hadiah kami macam mana..???
Oh ! ya...lupa cikgu dah bagi hadiah kepada kami...terima kasih cikgu....
Tahun depan jangan lupa buat lagi Bulan Bahasa ini ya...
Tuan Hj Muhammad Madun..jasa anda dalam pembikinan set produksi audio..fulamak..
caya lah kat Tuan Haji...sat lagi jangan lupa pi minum kat kantin...Tauke kantin belanja..
Bagi tau saja nak makan apa...
Peserta Yang Berjaya Mendeklamasikan sajak..2009MERDEKAKAH BAHASAKU
Di lidah bangsaku
gema keramat laungan itu
aksara lima puluh satu
merdekalah bahasaku
perkasakan kuasa pada akal jiwa.
Biar bertakhta
selamanya bahasa
tanda terpateri 152
teguh cekal cerdik akal
meletak bijak bestari jauhari.
Barisan Pemenang Yang Berjaya Di dalam Pertandingan Sempena Bulan Bahasa Peringkat Sek.Keb.Simpang Empat 2009Pertandingan yang dianjurkan....
Pantun
Mendeklamsikan Sajak
Mewarna Poster
Kuiz Bahasa
Renungan Bersama.....
Darah dan air mata pejuang
yang sekian lama memanaskan
semangat
mengibarkan bendera perwira
yang diusung ke pelosok dunia
tiba-tiba mengalir ke lembah terbuang
bersama landskap penjajah ciptaan sendiri.
Kita menggelapkan suasana dalam benderang
cahaya
mematikan suis ilmu yang menerangi minda
menutupi buku berjuta fakta
menggali sungai berliku melencongi lebuh
raya terbina.
Kita tersasul langkah
memijak maruah sendiri
meruntuhkan gunung bahasa berdiri
merobek Fasal 153 yang membangga
meluluhkan jati diri puncak bangsa.
Suara-suara berkemundang
menyakat langkah kolot
yang menoleh ke zaman batu
dan dibebatkan boneka maju
bagai menabur garam ke lautan dahaga.
Mari kita bahangkan semangat Za'ba
kita jeritkan amanah Tun Razak
kita tiupkan keyakinan jiwa
bahasa kita usah dipersenda.
Bahan ini disunting oleh Hayazi...SKSE
No comments:
Post a Comment